Saturday, May 10, 2008

MIHAS 2008

Saya kesempatan untuk melawat ekspo MIHAS 2008 pada 8hb Mei di Matrade, Jalan Duta. Kami tiba di di Matrade pada pukul 1.00 tengahari selepas menjamu makan tengahari di Jalan Bellamy. Ramai betul orang yang menjamu makanan di belakang istana. Masalah paling besar adalah tempat letak kereta. Namun itu semua perkara kecil bila tiba perkara makan. Seronoknya menjamah sotong bakar, ikan pari bakar, ayam kampung goreng. Alah asyik cerita pasal makan. Minta maaf. Kembali kepada kisah MIHAS. Apabila tiba di perkarangan MIHAS, deretan kereta sedang menunggu penuh sabar untuk mendapat satu tapak tempat letak kereta. semuanya penuh.Yalah pameran halal antarabangsa.

Kami berjalan menuju ke tapak pameran yang terketak lebih kurang lima belas minit dari tempat letak kereta. Kami mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan. Kami diberikan tag nama sebagai pas masuk. Kami disapa dengan para promoter yang mempromosikan barangan mereka. Minuman percuma, makanan percuma, sampel untuk dibawa pulang.Apa lagi, kalau barang percuma, ramai yang menyerbu.Kegemaran saya ialah buah kurma dari negara Asia barat.Ada juga yang menjual madu dari Yemen. Katanya RM300 untuk satu kilo. Dia juga ada menjual madu khas untuk orang yang bernikah.Katanya campuran madu dengan pelbagai jenis herba.Siapa yang belum pergi MIHAS,rebutlah peluang ini ke MIHAS untuk mencuba makanan halal yang dipamerkan oleh negara-negara luar. Rugi jika tak mencuba.

No comments: