Saturday, May 10, 2008

Kebetulan?

Kisah sebuah drama yang ditayangkan di televisyen pada malam Sabtu ini boleh dikatakan menyerupai sebuah kisah masyarakat yang dikirim kepada saya kira-kira 3 tahun lepas melalui emel. Saya mendapat idea untuk menulis sebuah cerita apabila membaca kisah dari emel itu.Namum kesibukan membuatkan saya terlupa tentang idea saya itu. Kisah yang dikirim pada saya itu menceritakan kisah seorang budak lelaki di Singapura yang malu dengan ibunya cacat penglihatan.Dia tidak mengetahui tentang pengorbanan ibunya sehingga dia membaca surat yang ditinggalkan oleh ibunya kepada jirannya setelah meninggal dunia. Kisahnya hampir sama dengan kisah dalam drama televisyen itu.Adakah ini kebetulan?

2 comments:

Ainin Naufal said...

jarang tgk tv, dan tak tgk pun ceta ni. tapi pernah dpt juga emel cerita ni. agaknya penulis skrip tu pun dpt idea dr emel ni tak?

Samurai Ken said...

Betul kata ainin tapi menurut SR pelakon utama dalam drama ini dan isteri pada pengarah drama ini, dia dapat idea untuk membuat drama ini ketika mendengar sajak seorang ustaz. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Subhanallah.