Wednesday, January 30, 2008

Kuala Lumpur World Futsal 2008 -2

Juara Futbal Dunia , Brazil membenamkan pasukan China malam tadi dengan jaringan 4 gol berbalas 1. Walaupun pasukan China memnggunakan taktik pertahanan Tembok Besar China untuk menghalang kemaraan pemain-pemain Brazil yang tinggi kemahiran, namun tekanan demi tekanan dari pasukan Brazil berjaya merobohkan tembok pertahanan tersebut untuk meraih kemenangan.Walaupun baru tiba dari Libya selepas bertanding dalam satu petandingan, namun perjalanan selama 40 jam dalam kapalterbang tidak menghalang pasukan Brazil untuk meraih kemenangan ke atas pasukan China.

Pasukan China yang dilatih oleh jurulatih Brazil mengakui pasukannya menunjukkan prestasi cemerlang dalam perlawanan menentang pasukan tersohor seperti Brazil walaupun baru menunjukkan peningkatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.Dia berharap pasukan China dapat mempelajari sesuatu dari perlawanan menentang Brazil untuk dijadikan senjata menentang pasukan lain nanti.

Pasukan China kecundang kali kedua ditangan pasukan Thailand dengan jaringan 0 berbalas 5 petang semalam di Stadium Putra. Malahan nasib malang masih menimpa pasukan China lagi apabila pasukan Belanda menyumbat 3 gol untuk mengalahkan pasukan China yang dapat menjaringkan 1 gol.Apa nasib pasukan China selepas ini.

Pasukan Thailand yang seri dengan pasukan Belanda pada perlawanan pertama, berjaya meraih kemenangan pertama petang semalam dnegan membenamkan pasukan China.Mereka akan bertemu pasukan Brazil petang ini bagi perlawanan ketiga mereka. pasukan Iran pula kecundang di tangan pasukan Brazil 4-o malam tadi.

Kuala Lumpur World Futsal 5 2008

Walaupun Indonesia tewas 3-2 kepada Malaysia, mereka membelasah pula pasukan England 7-2 malam tadi. Siapa sangka pasukan England yang terkenal sebagai pasukan bolasepak terkuat dunia dengan barisan pemain seperti Wayne Rodneey, David Beckham, Terry, Lampard dan sebagainya tak sehebat dalam sukan futsal.Sebelum itu pasukan England juga dibelkasah teruk oleh pasukan Argentina yang merupakan juara dengan 12 gol berbalas 1.

Pasukan Malaysia pula dibenam oleh juara Futsal 2003 dengan jaringan 7 gol berbalas 1. Kita boleh berbangga kerana dapat menjaringkan satu gol walaupun berlawan dengan pasukan hebat seperti Argentina. Pasukan Malasyia banyak bermain bertahan dan kekurangan dari segi taktikal untuk menembus benteng pertahanan Argentina yang kebal.Mereka akan bertemu dengan pasukan Australia pada perlawanan ketiga pada hari ini. Kita doakan agar pasukan Malaysia mampu mencapai kemenangan pada hari ini. Amin

African Cup Nation (CAN) 2008

Perlawanan bolasepak Piala Negara-Negara Afrika yang bermula minggu lepas di Ghana merupakan pertembungan antara beberapa pasukan terbaik Dunia di benua Afrika untuk merebut makhota bolasepak benua Afrika. Peminat bolasepak yang melanggan ESPN dapat menonton pertandingan setiap perlawanan pusingan awal secara langsung pada setiap hari pada pukul 1.00 pagi dan 3.00 pagi. Kini enam pasukan sudah layak ke pusingan suku akhir. Pasukan Ghana akan bertemu dengan pasukan Nigeria, pasukan Guinia akan bertemu pasukan Ivory Coast, pasukan Mesir dengan pasukan ?, pasukan Cameroon dengan pasukan ?.Malam ini akan menjadi penentuan sama ada pasukan Angola, Tunisia, Afrika Selatan atau Senegal layak ke pusingan suku akhir.Sama-sama kita keputusannya nanti.