Monday, October 22, 2007

Hanya 1 mata pemisah antara Juara


Siapa pun akan sedih jika satu mata telah mengakibatkan kejuaraan yang ingin digapainya telah kecundang ke tangan orang lain. Begitulah nasib Lewis Hamilton, pemandu kulit hitam pertama dari England yang terpaksa berputih mata akibat kalah kepada Kimi Raikkonen yang berjaya merangkul juara GP Formula 1 Brazil dan seterusnya merangkul kejuaraan GP Formula 1 Dunia tahun 2007.

Apa yang paling menyedihkan hati Lewis Hamilton hanya ketinggalan satu mata untuk berkongsi kejuaraan GP Formula 1 Dunia bersama Kimi Raikkonen. Mungkin tahun 2008 merupakan tahun Lewis Hamilton untuk menebus kembali kekalahan tipis itu dari tangan Kimi Raikkonen. sama-sama kita lihat nanti.

MyTeam2 - Pengantin melarikan diri...

"Sejarah akan dicipta pada 21 Oktober ini semasa menentang pasukan Indonesia..." itulah kata-kata yang terpampang dalam iklan TV. Apabila bertembung dengan pasukan B19 Tahun Indonesia diperlawanan tempohari, pasukan Myteam 2 nampaknya segan dan goyah untuk mempamirkan corak permainan yang diharapkan oleh peminat-peminat Myteam 2 yang membanjiri Stadium Bukit Jalli dari petang Ahad mingguy lepas.

"Persiapan untuk persandingan sudah dibuat, orang ramai sudah dijemput namun pengantin melarikan diri..." itulah kata-kata jurulatih MYteam 2 apabila diminta mengulas prestasi MYteam 2 menentang pasukan Indonesia. Satu lagi mungkin tak dinyatakan oleh sesiapa ialah semangat pasukan yang ditunjukkan oleh pasukan Myteam 2.

Adakah patut penyerang MYteam tidak mahu menghantar bola kepada rakan sepasukan yang tidak dijaga oleh pertahanan pasukan Indonesia kerana semata-mata ingin menjaringkan gol walaupun diasak oleh dua permainan pertahanan Indonesia. Apakah Mike ingat nak cipta nama sebagai penjaring pertama MyTeam atau nak pasukan MYTeam menang...renung-renungkanlah tentang sikap mike itu.

Selepas kekalahan ini, adakah rancangan realiti MYteam akan diteruskan untuk mencari pemain bolasepak...Terkejut melihat ada pemain yang terpilih peringkat terakhir membuat perkara-perkara yang sepatutnya dibuat oleh pemain bolasepak. Mana pi displin hanpa ha! Pi mai pi mai tang tu..no..tak dan

Malaysia kecundang di tangan Bahrain

Rakyat Malaysia berasa yakin kembali apabila pasuakan B23 tahun berjaya merampas kembali Piala Merdeka dari tangan pasukan asing pada bulan Ogos tahun ini. Pelbagai spekulasi ditaburkan ke atas pasukan dan pemain yang menwakilinya. Kita bersorak dan melonjak kegembiraan kerana maruah bolasepak kita nampaknya seperti sudah kembali seperti pada era 70-an dan 80-an. Pelbagai pujian dan sokongan disiarkan dalam media massa bercetak atau elektronik mengenai pasukan ini.

Namun demikian kegembiraan ini tidak bertahan lama seperti kata pepatah," Ku sangka panas sampai ke petang, namun hujan turun pada tengahari.... Kegembiraan itu tersentap apabila pasukan kita dibelasah 4-1 oleh pasukan Bahrain di Manama pada 21 Oktober lepas. Apa sudah jadi? Mengapa Bahrain yang hanya merupakan sebuah pulau kecil di teluk Parsi boleh menandingi negara besar seperti kita? Teringat kisah Perang Rusia-Jepun 1908...