Tuesday, February 12, 2008

Pemain bola Termahal dunia

Dengan dunia bola sepak dipenuhi sumber kewangan yang melimpah ruah terutamanya buat kelab-kelab besar, harga badan setiap pemain makin hari makin meningkat. Pernah terfikir siapakah pemain termahal di dunia ini? Kini, BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda membawakan statistik mengenai harga pemindahan pemain:-

10 Pemain Termahal Dunia

1. Zinedine Zidane: Juventus ke Real Madrid - 45.62 million GBP (2001)
2. Luis Figo: Barcelona ke Real Madrid - 37 mil (2000)
3. Hernan Crespo: Parma ke Lazio - 35.5 mil (2000)
4. Gianluigi Buffon: Parma ke Juventus - 32.6 mil (2001)
5. Christian Vieri: Lazio ke Inter - 32 mil (1999)
6. Shevchenko AC Milan ke Chelsea - 30 million GBP (2006)
7. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United - 29.1 mil (2002)
8. Gaizka Mendieta: Valencia ke Lazio - 29 mil (2001)
9. Ronaldo: Inter ke Real Madrid - 28.49 mil (2002)
10. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United - 28.1 mil (2001)

Status pemain termahal dunia setakat ini masih dipegang oleh legenda Perancis, Zidane. Kemungkinan besar rekod ini hanya boleh dipecahkan sekiranya pemain-pemain muda seperti Lionel Messi, Kaka, Fabregas dan Cristiano Ronaldo dibeli oleh kelab-kelab lain. Pembelian ini mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat akibat keengganan kelab masing-masing melepaskan pemain terbaik mereka.

10 Pemain Termahal Liga Perdana England

1. Andriy Shevchenko: AC Milan le Chelsea - 30 million GBP (2006)
2. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United - 29.1 mil (2002)
3. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United - 28.1 mil (2001)
4. Michael Essien: Lyon to Chelsea - 24.43 mil (2005)
5. Didier Drogba: Marseille ke Chelsea - 24 mil (2004)
6. Wayne Rooney: Everton ke Manchester United - 23 mil (2004) 7. Shaun Wright-Phillips: Manchester City ke Chelsea - 21 mil (2005)
8. Fernando Torres: Atletico Madrid ke Liverpool - 20 mil (2007)
9. Ricardo Carvalho: Porto ke Chelsea - 19.85 mil (2004)
10. Ruud Van Nistelrooy: PSV ke Manchester United - 19 mil (2001)

Nampaknya 2 kelab iaitu Manchester United dan Chelsea(sejak kedatangan Ibrahimovic) paling berbelanja sakan dalam hal membeli pemain. Juan Sebastian Veron merupakan pembelian gagal Sir Alex tetapi dibeli pula oleh Jose Mourinho dengan harga yang agak tinggi. Manakalah Fernando Torres merupakan rekod pembelian termahal buat kelab Liverpool.

Dengan kebanyakan kelab kini lebih menumpukan pembelian kepada pemain muda yang tidak terkenal, harga pemain-pemain ini tidaklah semahal pemain-pemain ternama dunia. Siapa yang cepat membuat ‘approach’ berkemungkinan besar untuk membuat keuntungan yang tinggi apabila pemain-pemain muda ini mencipta nama dalam masa 4-5 tahun.

Pengurus yang paling bijak dan cermat serta mempunyai pandangan yang tajam dalam mengesan bakat-bakat muda sudah tentu milik Arsene Wenger. Wenger berjaya menukar Fabregas yang tidak mendapat tempat di dalam pasukan Barcelona kepada seorang pemain tengah yang hampir sempurna kini. Selain itu ada juga nama-nama pemain yang dikenali seperti Kolo Toure, Gael Glichy dan Flamini yang kini disegani sebagai pemain ternama di Liga England.

Dipetik dari BorakBola.Net

Mesir Juara Piala Afrika

Mesir mengekalkan kejuaraan Piala Negara Afrika apabila mereka berjaya menundukkan pasukan handalan Cameroon 1-0.Jaringan tunggal 14 minit sebelum tamat perlawanan oleh Mohamed Aboutriaka sudah cukup memastikan kejuaraan Afrika menjadi milik Mesir. Zidan yang mengetepikan kepentingan kelab barunya Hamburg untuk membantu Mesir dalam kejuaraan ini telah mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang kejohanan. Beliau telah membuat hantaran cantik kepada Aboutriaka untuk menjaringkan jaringan berharga kepada Mesir. Zidan juga telah dicalonkan sebagai penjaring terbaik dalam kejohanan apabila jaringan beliau ketika menentang Cameroon di peringkat kumpulan telah dinobatkan sebagai jaringan terbaik kejohanan. Dengan kejayaan ini, Mesir sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dan kini merupakan pasukan terkuat Afrika.