Wednesday, January 30, 2008

Kuala Lumpur World Futsal 5 2008

Walaupun Indonesia tewas 3-2 kepada Malaysia, mereka membelasah pula pasukan England 7-2 malam tadi. Siapa sangka pasukan England yang terkenal sebagai pasukan bolasepak terkuat dunia dengan barisan pemain seperti Wayne Rodneey, David Beckham, Terry, Lampard dan sebagainya tak sehebat dalam sukan futsal.Sebelum itu pasukan England juga dibelkasah teruk oleh pasukan Argentina yang merupakan juara dengan 12 gol berbalas 1.

Pasukan Malaysia pula dibenam oleh juara Futsal 2003 dengan jaringan 7 gol berbalas 1. Kita boleh berbangga kerana dapat menjaringkan satu gol walaupun berlawan dengan pasukan hebat seperti Argentina. Pasukan Malasyia banyak bermain bertahan dan kekurangan dari segi taktikal untuk menembus benteng pertahanan Argentina yang kebal.Mereka akan bertemu dengan pasukan Australia pada perlawanan ketiga pada hari ini. Kita doakan agar pasukan Malaysia mampu mencapai kemenangan pada hari ini. Amin

No comments: