Wednesday, January 30, 2008

Kuala Lumpur World Futsal 2008 -2

Juara Futbal Dunia , Brazil membenamkan pasukan China malam tadi dengan jaringan 4 gol berbalas 1. Walaupun pasukan China memnggunakan taktik pertahanan Tembok Besar China untuk menghalang kemaraan pemain-pemain Brazil yang tinggi kemahiran, namun tekanan demi tekanan dari pasukan Brazil berjaya merobohkan tembok pertahanan tersebut untuk meraih kemenangan.Walaupun baru tiba dari Libya selepas bertanding dalam satu petandingan, namun perjalanan selama 40 jam dalam kapalterbang tidak menghalang pasukan Brazil untuk meraih kemenangan ke atas pasukan China.

Pasukan China yang dilatih oleh jurulatih Brazil mengakui pasukannya menunjukkan prestasi cemerlang dalam perlawanan menentang pasukan tersohor seperti Brazil walaupun baru menunjukkan peningkatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.Dia berharap pasukan China dapat mempelajari sesuatu dari perlawanan menentang Brazil untuk dijadikan senjata menentang pasukan lain nanti.

Pasukan China kecundang kali kedua ditangan pasukan Thailand dengan jaringan 0 berbalas 5 petang semalam di Stadium Putra. Malahan nasib malang masih menimpa pasukan China lagi apabila pasukan Belanda menyumbat 3 gol untuk mengalahkan pasukan China yang dapat menjaringkan 1 gol.Apa nasib pasukan China selepas ini.

Pasukan Thailand yang seri dengan pasukan Belanda pada perlawanan pertama, berjaya meraih kemenangan pertama petang semalam dnegan membenamkan pasukan China.Mereka akan bertemu pasukan Brazil petang ini bagi perlawanan ketiga mereka. pasukan Iran pula kecundang di tangan pasukan Brazil 4-o malam tadi.

No comments: