Saturday, September 22, 2007

Piala Dunia Ragbi 2007


Wakil tunggal Asia dalam Piala Dunia Ragbi 2007 ialah Jepun. Pasukan Jepun yang terdiri dari pemain berbangsa Jepun dan bukan Jepun tidak berapa menyengat dalam pertandingan Piala Dunia Ragbi di Perancis.Mereka berada pada kedudukan tangga ke 18 dalam ranking IRB. Mereka berada dalam kumpulan B bersama pasukan Australia, Fiji, Wales dan Kanada. Jepun telah kalah kepada pasukan Australai, Fiji dan Wales sebelum ini. Pada pagi Ahad, mereka akan berdepan dengan pasukan Kanada untuk perlawanan terakhir. Walaupun menang atau kalah, pasukan Jepun sudah terkeluar dari pusingan seterusnya.

Keputusan perlawanan kumpulan B

08 Sep AUS 91-3 JPN
12 Sep JPN 31-35 FJI
20 Sep WAL 72-18 JPN
25 Sep CAN - JPN

(Ehsan dari website http://www.rugbyworldcup.com)

Apa yang menghairankan ialah pasukan yang bertanding dalam piala dunia ini terdiri dari negara kecil seperti England, Scotland, Wales, Fiji, Tonga dan Samoa. Mereka merupakan antara pasukan yang digeruni dalam pertandingan ini. Ini menunjukkan bahawa kemudahan sukan yang canggih dan softikated bukan ukuran untuk menghasilkanm pasukan cemerlang, gemilang dan terbilang. Lihat sahaja kepada pasukan Fiji, Tonga dan Samoa yang merupakan negara kepulauan Pasifik Selatan yang merupakan negara dunia ketiga tetapi merupakan harimau ragbi dunia. Renungilah senario ragbi negara kita.....

Tuesday, September 18, 2007

Slam Dunk ( Bola Keranjang)

Slam Dunk merupakan siri manga mengenai pasukan bola keranjang Sekolah Menengah Shohoku yang ditulis oleh Takehiko Inoue. Ia telah diterbitkan pada tahun 1990 dalam majalah Shonen Jump dan mempunyai 31 siri. Siri manga ini telah dijual pada rekod 100 juta naskah dan pernah memenangi anugerah Shonen Manga Award.

Pada tahun 1993, siri manga telah dijadikan siri animasi 101 episod oleh televisyen Asahi.Di samping itu, empat filem Slam Dunk juga telah dihasilkan sehingga hari ini.Versi bahasa Inggeris Slam Dunk telah diterbitkan oleh Chuang Yi di Singapura.

Ramai remaja Jepun berkecimpung dalam sukan bola keranjang semenjak manga dan animasi ini diterbitkan di Jepun. Kini animasi Slam Dunk boleh didapati dalam bentuk DVD di Malaysia. Di samping itu, siri ini ditayangkan di saluran animax di ASTRO.

Sunday, September 16, 2007

Juara Badminton terbuka Jepun

Tahniah diucapkan Lee Chong Wei yang merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun. Beliau telah membuktikan bahawa kekalahan di Piala Dunia baru-baru ini tidak menghalang untuk menumpaskan Juara Piala Dunia 2007, Lin Dan dan Juara Olimpik 2006, Taufik Hidayat di pusingan separuh akhir dan Akhir. Semangat kental dan waja pada Lee Chong Wei harus menjadi ikutan para atlit lain untuk mencapai kejayaan dipersada dunia. Majulah sukan untuk negara.

Prince of Tennis (Animation)

Price of Tennis merupakan salah satu siri manga (komik) dan animasi yang popular di Jepun. Ia merupakan hasil karya Takeshi Konomi dalam bentuk manga yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump mulai tahun 1999.Ia telah diadaptasi kedalam bentuk animasi pada tahun 2001.

Watak utama siri ini ialah Ryoma Echizen yang pulang dari Amerika Syarikat dan memasuki Sekolah Menengah Seishun yang terkenal dengan kelab tenis dan pemainnya yang berbakat. Ryome sebenarnya merupakan juara tenis junior Amerika Syarikat sebanyak empat kali dan mengalahkan pemain lebih senior dengan sentuhan ajaibnya. Kehadiran Ryoma membuatkan kelab tenis sekolahnya berjaya merangkul juara tenis berpasukan sekolah menengah seluruh Jepun.

Siri ini telah memberikan satu kesan hebat kepada masyarakat Jepun yang mula hilang minat pada permainan tenis akibat tiada pemain Jepun yang bersinar di dunia tenis antarabangsa. Namun demikian, kemunculan manga dan animasi telah mempengaruhi lebih ramai remaja dan orang dewasa untuk bermain tenis secara lebih serius supaya boleh bertanding di persada dunia pada suatu hari nanti.

Bagaiman pula dengan negara kita? Adakah perlu ada ikon sukan seperti Prince of Tennis untuk melonjak prestasi dan taraf ahli sukan kita?

Saturday, September 15, 2007

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."