Sunday, September 16, 2007

Prince of Tennis (Animation)

Price of Tennis merupakan salah satu siri manga (komik) dan animasi yang popular di Jepun. Ia merupakan hasil karya Takeshi Konomi dalam bentuk manga yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump mulai tahun 1999.Ia telah diadaptasi kedalam bentuk animasi pada tahun 2001.

Watak utama siri ini ialah Ryoma Echizen yang pulang dari Amerika Syarikat dan memasuki Sekolah Menengah Seishun yang terkenal dengan kelab tenis dan pemainnya yang berbakat. Ryome sebenarnya merupakan juara tenis junior Amerika Syarikat sebanyak empat kali dan mengalahkan pemain lebih senior dengan sentuhan ajaibnya. Kehadiran Ryoma membuatkan kelab tenis sekolahnya berjaya merangkul juara tenis berpasukan sekolah menengah seluruh Jepun.

Siri ini telah memberikan satu kesan hebat kepada masyarakat Jepun yang mula hilang minat pada permainan tenis akibat tiada pemain Jepun yang bersinar di dunia tenis antarabangsa. Namun demikian, kemunculan manga dan animasi telah mempengaruhi lebih ramai remaja dan orang dewasa untuk bermain tenis secara lebih serius supaya boleh bertanding di persada dunia pada suatu hari nanti.

Bagaiman pula dengan negara kita? Adakah perlu ada ikon sukan seperti Prince of Tennis untuk melonjak prestasi dan taraf ahli sukan kita?

No comments: