Monday, April 28, 2008

Juara English Premier League 2008

Saya pasti Chelsea ada peluang besar untuk dinobatkan sebagai Juara English Premier League 2008. Namun Manchester United tak akan melepaskan peluang untuk mengekalkan kejuaraan yang menjadi milik musim lepas.Kita lihat keputusannya dalam seminggu dua ini. Siapakan pilihan anda?

Monday, April 21, 2008

Buang Tabiat ke?

Lokasi: Restoran Kari Kepala Ikan

Pada suatu hari Sabtu, Roslan mengajak bossnya untuk makan kari kepala ikan di Bandar B.Mereka berdua memasuki kedai mamak sambil melihat suasana yang semakin riuh rendah dengan suara pelanggan yang membanjiri restoran itu pada waktu makan tengahari. Mereka mengambil tempat duduk di kawasan berhawa dingin. Roslan pun memesan sepinggan besar kari kepala ikan dengan nasi untuk dua orang.

Boss: Sedap betullah kari kepala ikan ini.
Roslan:Tapi boss kena cuba makan di Stadium Merdeka. Lebih sedap dari sini.
Boss: Mengapa tak bawa ke sana?
Roslan. Hari Sabtu ini, jamlah Kuala Lumpur.
Boss:(mengangkat tangan pada sesoarang)Member saya ada makan di hujung sana.
Roslan:Siapa itu bos?
Boss: Dia itu satu universiti ketika belajar di US dulu.

Mereka pun makan untuk seketika. Tiba-tiba bos Roslan bangun lalu berjalan ke satu hujung. Roslan hanya mendiamkan diri. Bos Roslan balik dengan satu pinggan kari kepala ikan di tangannya.

Roslan: Bos,tak cukup ke kari kepala ikan di meja kita?
Bos: Bukan begitu. Member saya tak habis makan tadi. Saya ambil dari meja dia tadi.
Lagipun dia sudah balik dan bayar harga makanan dia. Membazir jika dibuang.
Roslan: Buang tabiatke bos aku ini (katanya dalam hati.)

Apakah pendapat anda?