Friday, November 23, 2007

Mengapa Jepun bangkit dalam dunia bolasepak?

kalau kita lihat pada tahun 70-an dan 80-an, dunia bolasepak di dominasi oleh Malaysia dan Korea.Namun demikian perkara ini berubah apabila negara-negara Teluk dan Asia Timur seperti Jepun dan China mula bangkit pada tahun 90-an.

Scenario ini berlaku dengan adanya bahan bacaan seperti komik mangga yang begitu popular di kalangan remaja Jepun. Para penerbit komik mangga mengeluarkan komik-komik seperti Captain Tsubasa, Score dan sebagainya untuk menanamkan minat bermain bolasepak profesional di kalangan kanak-kanak untuk mencapai impian sebagai pemain bolasepak bertaraf dunia. Penjaga gol Jepun, Kawaguchi mengakui bahawa komik mangga Captain Tsubasa merupakan motivasi bagi dirinya untuk bermain bolasepak.Kini sudah banyak komik mangga sukan yang diterbitkan di Jepun untuk melahirkan bintang sukan dalam pelbagai bidang sukan di persada dunia. Bagaimana dengan negara kita? Masih dengan komik peperangan atau pahlawan dari China....

Pete Sampras/ Roger Federer - Clash of Times

Walaupun saya tak berpeluang ke Stadium Melawati untuk menonton perlawanan hebat antara dua lagenda tenis dunia, namum saya berpeluang untuk menontonnya di saluran ASP Astro pada minggu lepas. Saya begitu kagum dan teruja dengan pretasi yang ditunjukkan oleh pemain tenis Peter Sampras yang sudah pencen dari dunia tenis tapi pukulan, servis dan teknik bermainnya masih tip top seperti pemain taraf dunia. Inilah bezanya dengan pemain tempatan apabila mereka sudah bersara, maka segalanya akan berkubur dengan persaraan mereka itu. Kalau kita nak menjadi big player dalam dunia sukan maka kita mesti ada ikon atau idol hebat seperti Peter Sampras di tempat sendiri. Permainan tenis di tempat sudah terkubur hampir sepuluh tahun sejak adanya Adam Malik, M.Rama dan sebagainya. Hingga kini masih belum ada pengganti bagi bintang tenis tempatan dalam dunia tenis. Lihatlah Thai, Indonesia, India, Jepun dan China yang mula bangkit dalam dunia tenis antarabangsa yang selama ini di dominasi oleh Mat Saleh.Mungkin kena tunggu sehingga ada akademi tenis baru bintang kot??????

Monday, October 22, 2007

Hanya 1 mata pemisah antara Juara


Siapa pun akan sedih jika satu mata telah mengakibatkan kejuaraan yang ingin digapainya telah kecundang ke tangan orang lain. Begitulah nasib Lewis Hamilton, pemandu kulit hitam pertama dari England yang terpaksa berputih mata akibat kalah kepada Kimi Raikkonen yang berjaya merangkul juara GP Formula 1 Brazil dan seterusnya merangkul kejuaraan GP Formula 1 Dunia tahun 2007.

Apa yang paling menyedihkan hati Lewis Hamilton hanya ketinggalan satu mata untuk berkongsi kejuaraan GP Formula 1 Dunia bersama Kimi Raikkonen. Mungkin tahun 2008 merupakan tahun Lewis Hamilton untuk menebus kembali kekalahan tipis itu dari tangan Kimi Raikkonen. sama-sama kita lihat nanti.

MyTeam2 - Pengantin melarikan diri...

"Sejarah akan dicipta pada 21 Oktober ini semasa menentang pasukan Indonesia..." itulah kata-kata yang terpampang dalam iklan TV. Apabila bertembung dengan pasukan B19 Tahun Indonesia diperlawanan tempohari, pasukan Myteam 2 nampaknya segan dan goyah untuk mempamirkan corak permainan yang diharapkan oleh peminat-peminat Myteam 2 yang membanjiri Stadium Bukit Jalli dari petang Ahad mingguy lepas.

"Persiapan untuk persandingan sudah dibuat, orang ramai sudah dijemput namun pengantin melarikan diri..." itulah kata-kata jurulatih MYteam 2 apabila diminta mengulas prestasi MYteam 2 menentang pasukan Indonesia. Satu lagi mungkin tak dinyatakan oleh sesiapa ialah semangat pasukan yang ditunjukkan oleh pasukan Myteam 2.

Adakah patut penyerang MYteam tidak mahu menghantar bola kepada rakan sepasukan yang tidak dijaga oleh pertahanan pasukan Indonesia kerana semata-mata ingin menjaringkan gol walaupun diasak oleh dua permainan pertahanan Indonesia. Apakah Mike ingat nak cipta nama sebagai penjaring pertama MyTeam atau nak pasukan MYTeam menang...renung-renungkanlah tentang sikap mike itu.

Selepas kekalahan ini, adakah rancangan realiti MYteam akan diteruskan untuk mencari pemain bolasepak...Terkejut melihat ada pemain yang terpilih peringkat terakhir membuat perkara-perkara yang sepatutnya dibuat oleh pemain bolasepak. Mana pi displin hanpa ha! Pi mai pi mai tang tu..no..tak dan

Malaysia kecundang di tangan Bahrain

Rakyat Malaysia berasa yakin kembali apabila pasuakan B23 tahun berjaya merampas kembali Piala Merdeka dari tangan pasukan asing pada bulan Ogos tahun ini. Pelbagai spekulasi ditaburkan ke atas pasukan dan pemain yang menwakilinya. Kita bersorak dan melonjak kegembiraan kerana maruah bolasepak kita nampaknya seperti sudah kembali seperti pada era 70-an dan 80-an. Pelbagai pujian dan sokongan disiarkan dalam media massa bercetak atau elektronik mengenai pasukan ini.

Namun demikian kegembiraan ini tidak bertahan lama seperti kata pepatah," Ku sangka panas sampai ke petang, namun hujan turun pada tengahari.... Kegembiraan itu tersentap apabila pasukan kita dibelasah 4-1 oleh pasukan Bahrain di Manama pada 21 Oktober lepas. Apa sudah jadi? Mengapa Bahrain yang hanya merupakan sebuah pulau kecil di teluk Parsi boleh menandingi negara besar seperti kita? Teringat kisah Perang Rusia-Jepun 1908...

Saturday, September 22, 2007

Piala Dunia Ragbi 2007


Wakil tunggal Asia dalam Piala Dunia Ragbi 2007 ialah Jepun. Pasukan Jepun yang terdiri dari pemain berbangsa Jepun dan bukan Jepun tidak berapa menyengat dalam pertandingan Piala Dunia Ragbi di Perancis.Mereka berada pada kedudukan tangga ke 18 dalam ranking IRB. Mereka berada dalam kumpulan B bersama pasukan Australia, Fiji, Wales dan Kanada. Jepun telah kalah kepada pasukan Australai, Fiji dan Wales sebelum ini. Pada pagi Ahad, mereka akan berdepan dengan pasukan Kanada untuk perlawanan terakhir. Walaupun menang atau kalah, pasukan Jepun sudah terkeluar dari pusingan seterusnya.

Keputusan perlawanan kumpulan B

08 Sep AUS 91-3 JPN
12 Sep JPN 31-35 FJI
20 Sep WAL 72-18 JPN
25 Sep CAN - JPN

(Ehsan dari website http://www.rugbyworldcup.com)

Apa yang menghairankan ialah pasukan yang bertanding dalam piala dunia ini terdiri dari negara kecil seperti England, Scotland, Wales, Fiji, Tonga dan Samoa. Mereka merupakan antara pasukan yang digeruni dalam pertandingan ini. Ini menunjukkan bahawa kemudahan sukan yang canggih dan softikated bukan ukuran untuk menghasilkanm pasukan cemerlang, gemilang dan terbilang. Lihat sahaja kepada pasukan Fiji, Tonga dan Samoa yang merupakan negara kepulauan Pasifik Selatan yang merupakan negara dunia ketiga tetapi merupakan harimau ragbi dunia. Renungilah senario ragbi negara kita.....

Tuesday, September 18, 2007

Slam Dunk ( Bola Keranjang)

Slam Dunk merupakan siri manga mengenai pasukan bola keranjang Sekolah Menengah Shohoku yang ditulis oleh Takehiko Inoue. Ia telah diterbitkan pada tahun 1990 dalam majalah Shonen Jump dan mempunyai 31 siri. Siri manga ini telah dijual pada rekod 100 juta naskah dan pernah memenangi anugerah Shonen Manga Award.

Pada tahun 1993, siri manga telah dijadikan siri animasi 101 episod oleh televisyen Asahi.Di samping itu, empat filem Slam Dunk juga telah dihasilkan sehingga hari ini.Versi bahasa Inggeris Slam Dunk telah diterbitkan oleh Chuang Yi di Singapura.

Ramai remaja Jepun berkecimpung dalam sukan bola keranjang semenjak manga dan animasi ini diterbitkan di Jepun. Kini animasi Slam Dunk boleh didapati dalam bentuk DVD di Malaysia. Di samping itu, siri ini ditayangkan di saluran animax di ASTRO.